Jumaat, 12 Jun 2009

7 orang budak belasan tahun yang berada di kem musim panas, telah di sedut ke dalam sebuah Dunia Digital dan menjadi – “Digi-Desitined. Mereka bertemu dengan ibu bapa masing-masing dan sekarang misi mereka adalah untuk menyelamatkan kedua-dua dunia ini dari kuasa jahat.
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Shinichi Kudo telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Conan Edogawa. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun(Tokyo). Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Ninja Boy Nimtama berkisar tentang Rantarou dan rakannya menyelesaikan masalah bagi sesiapa yang mereka jumpa. Rantarou, adalah seorang budak lelaki bercermin mata dan berambut merah, menghadiri Ninjutsu Gakuen (Sekolah Ninja). Dia ingin menjadi ninja elit, tidak seperti bapanya yang hanya ninja biasa dan miskin. Di sekolah, dia berkawan dengan Kirimaru dan Shinbei. Kirimaru sangat gilakan duit dan sering mempunyai kerja sambilan. Disebabkan Kirimaru tidak mempunyai keluarga, dia sering tinggal bersama Cikgu Doi (yang turut "membantunya" dengan kerja sambilannya) apabila cuti sekolah. Shinbei, budak montel yang hingusnya sering meleleh dan rambut yang boleh menjadi sebahaya senjata, adalah anak orang kaya. Walau bagaimanapun, Shinbei tidaklah begitu bijak dan sering ketinggalan walaupun dalam perbualan.

Rantaro, Kirimaru dan Shinbei adalah 3 budak lelaki yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Ninja yang tersohor. Demi mengejar impian mereka itu, mereka menyertai sekolah Ninja untuk mempelajari teknik-teknik seni pertahanan diri dengan harapan akan menjadi ejen Ninja yang disegani. Bersama dengan pengetua sekolah, para cikgu dan pelajar-pelajar lain, mereka menghadapi pelbagai situasi menarik, baik yang lucu mahupun yang menyentuh hati.
Kampung Boy mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki yang membesar di kawasan perkampungan di Malaysia sekitar tahun 1950. Kartun ini akan merakamkan kehidupan keluarganya, lagaknya yang nakal serta kehidupan setiap insan di kampungnya yang semakin maju itu. Akhirnya, Mat dihantar ke sebuah sekolah asrama penuh. Dia meninggalkan kampungnya itu dengan pelbagai tanda tanya terutamanya tentang masa hadapan kampungnya.

0 ulasan:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Home Interiors